Kelas Mahir Jahit (Minggu 1 – Minggu 4)

23 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Kelas Mahir Jahit bagi minggu 1 sehingga minggu 4 telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan fasiliti di NADI Rantau Panjang bermula 8 Februari 2025 (Sabtu) sehingga 22 Februari 2025 (Sabtu). Kelas ini telah bermula daripada pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang dan seramai seorang komuniti telah mendaftar untuk mengikuti kelas Mahir Jahit ini.

Topik yang telah diajar pada minggu 1 adalah pengenalan antara pengajar dan pelajar serta pengenalan tentang kursus mahir jahit. Selain itu, para pelajar juga telah diberi tunjuk ajar dalam penggunaan Mahir Training System (MTS). Topik pembelajaran pada minggu 2 pula berkaitan dengan cara untuk mendapatkan slaid kelas, live video recording, cara untuk memuat naik surat sebab tidak hadir kelas dan cara untuk berkomunikasi dengan pengajar di dalam MTS.

Topik minggu 3 pula berkaitan dengan pengenalan asas dalam jahitan. Para peserta telah diajar cara untuk memilih peralatan yang betul ketika membuat pakaian, Teknik mengambil ukuran badan mengikut peraturan dan cara penjagaan alatan menjahit. Topik minggu 4 yang diajar adalah pengenalan asas jahitan tangan dan mesin.

Diharapkan dengan adanya kelas mahir jahit ini dapat membantu komuniti untuk mempelajari pelbagai teknik jahitan serta didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara untuk mengendalikan peralatan jahitan dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali